Skip to main content

Cincin merisik hilang, Hari ke 3 dah jumpa

25/9/2017

Cincin merisik hilang tanpa sedar. Sedang aku kesakitan sepanjang hari ketika waktu bekerja. Aku menahan kesakitanku tanpa pengetahuan orang (gstrik teruk). Pulang saja rumah jam 6.30 (lewat sebab ada deadline) kesakitanku makin parah, aku buat kerja pun dalam kesakitan yang parah dan lemah, hilang focus..aku kuatkan juga diriku untuk siapkan kerja yang harus disiapkan. Selesai kerja aku terus pulang ke rumah berjalan kaki dalam 10 minit smpi..Singgah gerai makan tepi jalan, kene jugak beli sebab aku tak makan 1 hari..Aku makan laksa dalam keadaan kesakitan, aku paksa diriku makan, hampir separuh aku berhenti sebab tak tahan sakit, aku mula meroyan nak ke hospital. Aku cuba menonggek rasa sakit kurang sedikit...aku buat dalam beberapa minit smpi capai fon meset mak..tak lama tu perut pun okey...Selepas tu aku mandi, macam biasa lepas mandi aku akan capai sikat untuk aku luruskan rambut aku yang cukup lurus ni..Letak sahja sikat diatas meja aku mula terpinga, aku mula lihat jariku tanpa cincin, manakah cincin risikku di jari manisku? Aku mula hilang akal. Ya Allah, macam mana aku nak berterus terang dgn tunangku. Aku cari sambil nangis.....
Aku mula meset tunangku, aku berterus terang dgn dia yang cincin risik hilang dan sangat mendatangkan amarah pabila dia akan ckp aku cuai..aku cukup marah....aku tak cuai...cincin tu hilang sendiri dari tanganku...terus aku berhnti dari perbualan itu setelah dia ckp aku cuai..aku benci perkataan itu dri dia..apa nak jadi jadi..(#jgnikuthati)


26/9/2017

Masih terfikir cincinku yang hilang entah kemana. Dalam perjalanan hendak pergi ke kerja aku mencari2 cincinku kot-kot tercicir/terjatuh diatas tanah or apa2 sahaja, mataku mengilau2 dimerata tempat..masih tak jumpa. Hatiku begitu gundah dan tak tenang, pernikahanku1 sebulan je lagi, apa dugaan yang aku hadapi ni cukup tercabar..aku mula takut. Langsung aku tak contact tunangku 1 harini..hanya dia meset aku dia kata....

Tunang: Dah jumpe belum?
Aku: Belum
Tunang: (Seen)


27/9/2017
Hari ni aku bangun awal, aku masih rasa tak tenang dgn cincinku yang hilang tu, aku resah selagi aku tak mendapat gantikannya..aku mula gunakan plan B untuk ganti yang baru dgn cincin ku yang hilang tu, aku da mula survey kedai cincin...Haaaaaaa...(sambil sedih). Tunangku masih memberi meset kepadaku

Tunang: Tak jumpa langsung ke?
Aku: Dah jumpa nanti i akan contact u (dalam niat dihati aku akan gantikan yang baru, bukan dari pemberian dia, gundah rasanya).
Tunang: (Seen)

Macam biasa, aku akan pulang kerja jam 5.30 ptg, dalam perjalanan balik aku masih mencri cincinku yang hilang. Sampai saja rumah aku akan capai tangan ku untuk membuka laptop, aku masih menaip diariku diblog ini tanpa terbitan, masa aku luahkan segalan penderitaan ku disini aku selak2 benda yang ada diatas meja ku yg kemas ini, masih dalam situasi misi mencari cincin yang hilang, aku lihat bawah dicelah2 kotak dibawah mejaku ini aku kelihatan cincinku...

Masyallah,,,,aku seperti dalam mimpi
Tika aku bersedih dengan diri aku yang kurang siuman, aku telah menemui cincin aku yang hilang selama 3 hari :')

Tuhan gelapkan sekejap mataku untuk nmpk cincin tu, padahal cincin tu hilang dalam bilik tidur aku sendiri. Aku sudah cari dikawasan yg aku menemui cincin tu tempoh hari, tapi aku x nampk cincin tu kelihatan..Masyallah..kuasa Allah bukan...aku menemui cincin tu pada hari ini dgn keadaan yang tenang..


#Terimakasih Allah
#Istikharahcinta



Comments

Popular posts from this blog

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menantiku Atau jelmaan Dalam kenangan Yang bernama pengalaman ( korus ) Siapakah di antara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau lahirkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang Dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa Oleh resah mimpi yang tak sudah

Dodol milo by Me

Hari ni Me ada buat dodol milo. Nak tau                      resepinya?                     Nahh!!  The bahan 1 tin susu pekat 1 buku buttercup 1 paket milo saiz kecil 1 paket biskut marie Sedikit kacang tanah untuk taburan di atas dodol milo Cacaranye Panaskan buttercup sehingga cair dan masukkan susu pekat bersama milo gaul sehingga mnjd seperti dodol, gunakan api kecil sntiasa..Nak nmpkkan coklat hitam masok kan 2 sudu koko. Kendian masokkan pula biskut marie yg dipatah 3.Then gaul2 matikan api masukkan ke dalam bekas ikot kesesuaian dan taburkan sedikit kacang tanah diatas permukaan lalu masokkan ke dalam peti ais untuk dikeraskan atau disejukan. Kemudian makanlah dgn seleranya..  Inilah hasil dodol milo saya. Selamat mencuba guys ! 

Ketika Akad Terucap

Assalamualaikum warahmatullah, Sesungguhnya aku insan biasa bukan dari kalangan2 berada. Masyallah, sebulan shja lagi aku akan dinikahi oleh bakal suami aku. Majlis yang kami rancangkan hanyalah dgn kemampuan kami sahaja. Tidaklah setanding persandingan ''Ummi Nazeera" yang gah seperti kayang-kayangan. Sejujurnya aku masih belum bersedia dengan keputusan aku ini. Dengan waktu yang begitu singkat ini banyak betul fikiran2 aku keluar. Benarkah keputusan aku buat ni? Adakah aku masih muda? Tak masih budak2 lagi ke? Dah bersediakah? Puas ke hidup single? Tak menyesal ke?. Ya Allah... Niatku berkahwin hanya keranamu ya Allah. Walaupun aku masih belum bersedia, insyallah Allah akan membantuku suatu hari nanti. Aku percaya Allah itu ada dan Dia sentiasa berada dalam kalangan muslimin dan muslimat. Amin.. #luahanmieza #malamrabu #171017