Skip to main content

Myeong Dong Topokki (korean street food)

Haaaaa,
Lately ni aku  obses dengan makanan korea/jepun, tak tau pasal apa, bukanlah dari fans K-pop mahupon J-pop, bahkan drama/filem/lagu/runningman pon aku takpernah layan, aku akan layan bila ada housemate aku ni buka cerita tu, itu pon lihat dengan tanpa perasaan. Hari tu, masa Hang Out dengan kawan masa kat U, dia ada beli sushi  masa kitorang jenjalan kat D' Curve ni, kawan aku ni dok asik suruh aku try je sushi ni, dia cakap sushi ni sedap, emmmmm, okey , aku pon mencuba la, and the first time makan sushi, sebab memang bukan penggemar,. Okey, dalam hati kata sedap jugak sushi yang dia beli nie...sushi ni bukan la dari sushi king aku pon tak berapa pasti dia beli kat kedai mana..tapi dekat area sini jugaklah.. okey dari start tu, aku mula buat research pasal sushi, resepi dia macam mana, macam mana cara dia nak buat, Hahaha, sebab aku tau benda sushi  ni mahal thats why nak try buat... Emmm,,at the same time, aku ada follow some ig ni, dia makan kat MyeongDong Topokki Paradigm, Alamak, nampak sedap la benda ni, sebab ada toppoki, toppoki ni aku penah makan sebelum ni, ni pon kawan aku yg gila korea seen aku kat U ni jugak yg ajak aku try makan benda nie. Pas aku dpt tau makanan topokki tu ada kat paradigm pas balik keje aku trus menuju dgn pantas kilat, dengan tak sangkanya aku boleh order makanan korea macam nie...Huuhuhuh. Bab harga pulak, takde la mahal sangat, bebaloi jugak sebab dia ada set.





Apa nama benda alah ni? Kimbab ae? ke bimbap? yg ni aku salu keliru tau,..apa2 pon yg ni win ,aku suka, mula2 aku panggil dia ni Lemang Korea  >.<


 Yang aku order ni nama dia Robokki, sebab dia ada campur topokki yg aku suka tu...hahaha.. Harga RM16.80/set., kedai dia ni ada kat LG-22, kat tingkat bawah sekali... by the way macam2 lagi set yang dia ada, if korang nak tau lebih lanjut, g lama web dia nie.. macam2 lagi yang menarik..  http://myeongdongtopokki.com/menu/






Comments

Popular posts from this blog

Dodol milo by Me

Hari ni Me ada buat dodol milo. Nak tau                      resepinya?                     Nahh!!  The bahan 1 tin susu pekat 1 buku buttercup 1 paket milo saiz kecil 1 paket biskut marie Sedikit kacang tanah untuk taburan di atas dodol milo Cacaranye Panaskan buttercup sehingga cair dan masukkan susu pekat bersama milo gaul sehingga mnjd seperti dodol, gunakan api kecil sntiasa..Nak nmpkkan coklat hitam masok kan 2 sudu koko. Kendian masokkan pula biskut marie yg dipatah 3.Then gaul2 matikan api masukkan ke dalam bekas ikot kesesuaian dan taburkan sedikit kacang tanah diatas permukaan lalu masokkan ke dalam peti ais untuk dikeraskan atau disejukan. Kemudian makanlah dgn seleranya..  Inilah hasil dodol milo saya. Selamat mencuba guys ! 

Bestnye makan di Warung Soto Wageh!

Kalau nak cite pasal bab makanan kat Segamat ni sampai besok pun tak habis. Ye, semalam sebelum Me mulakan kerja harian, Me, abah and suami breakfast di Warung Soto Wageh, betul2 berhadapan dengan sekolah kebangsaan Kg. Jawa Segamat. Of Course abah Me yg request tempat ni, sebab abah memang expert bab2 makanan yang menarik kat segamat ni.HAHA Dah la murah, sedap pulak tu!  Mee/Bihun Soto Sup Kari HANYA RM4.00! Dah la banyak isi dia, murah pulak tu, firstime pegi kedai ni tekejut gila. Kat KL susah nak dapat mcm ni dek non.  Mereka juga menjual pelbagai jenis kuih muih, seperti karipap, donut, kuih seri muka,satay sotong, tempe dan lain2 lagi. Tiap pagi memng ramai org dtg sini, sampai kitorang nak cari tempat duduk pun susah. Tempe adalah  salah 1makanan paling popular jugak kat warung ni, merata-rata Me dtg sini org semua ambil tempe. Tempe dia memng tak mengkecewakan, kerangupan dia yang begitu asli, Me tak tau la dia letak r...

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menantiku Atau jelmaan Dalam kenangan Yang bernama pengalaman ( korus ) Siapakah di antara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau lahirkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang Dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa Oleh resah mimpi yang tak sudah