Skip to main content

Kuey teow ladna by Me

For today, Me ada masak kuey teow ladna. Untuk pertama kalinya Me buat. Firstly memanglah tgk kat blog nak mempelajari bab memasak ni kan, tapi bila Me dah tengok merata2 resepi kuey teow ladna ni, me cube nak buat lain dari yang lain. Me harap menjadi la kuey teow ladna ni. Alhamdullilah jadi :)

Inilah resepi yang Me sediakan

Bahan A 

Kuey teow (2 genggam)
2 sudu kicap
1 sudu minyak masak

Bahan B 

7 ekor udang 
2 ekor sotong (dipotong bulat)
Lobak 
Brokoli
4 tangkai sawi jepun
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang cili padi
Serbuk Lada hitam
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (dibancuh dahulu dgn air) 
3 sudu minyak 
3 cawan air ( ikot kehendak memasing, nak lebih sikit pon tak pe)
Sesuku kiub knorr 
Garam secukup rasa


Cara-cara bahan A

Panaskan sesudu minyak, kendian masukkan kuey teow dan juga kicap , gaul dan gaul sehingga sebati. Hidangkan kepinggan yang cantik dan kite buat kuah dia pulak.


                         Hasilnya


Cara-cara bahan B

1. Tumis bawang putih, cili padi, halia dan udang sehingga naik aroma. 
2. Masukkan air dan juga kiub sehingga mendidih.
3. Kemudian, masukkan sotong, lobak, brokoli, sawi jepun dan juga telur. 
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit lada hitam kacau sehingga mendidih dan boleh dihidang ke pinggan yang di isi kuew tiaw td. 



     Inilah hasil Kuey Teow Ladna By Me


*tips 
Kenapa letak sotong lambat? sebab kalau kita letak sotong telebih awal td sotong akan mnjd liat bila di makan, dalam setiap masakan sotong harus letak last sekali supaya bila kita makan rasa sotong mnjd lmbut dan lagi satu sotong ni tak payah masak lama2 pon sebenarnya nanti liat dan kurang enak n mula la teselit tang sini la tang sana la kan. Hehe . Ok itu saja utuk hari ini .

Mudah bukan? Just do it! 

Selamat mencuba :)


Comments

Popular posts from this blog

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian Datang dan pergi Membawa hati Menyusuri kembali Jalan-jalan sepi Kau kah di situ Yang menantiku Atau jelmaan Dalam kenangan Yang bernama pengalaman ( korus ) Siapakah di antara kita Dengan rela menjadi pendusta Siapakah dulu membina harapan Dan siapa yang memusnahkan impian Tanpa sebab dan alasan Kau lahirkan perasaan Bagai taufan tiba-tiba datang Dan menghilang Kau bayang-bayang Masa nan silam Ada ketika terbawa-bawa Oleh resah mimpi yang tak sudah

Dodol milo by Me

Hari ni Me ada buat dodol milo. Nak tau                      resepinya?                     Nahh!!  The bahan 1 tin susu pekat 1 buku buttercup 1 paket milo saiz kecil 1 paket biskut marie Sedikit kacang tanah untuk taburan di atas dodol milo Cacaranye Panaskan buttercup sehingga cair dan masukkan susu pekat bersama milo gaul sehingga mnjd seperti dodol, gunakan api kecil sntiasa..Nak nmpkkan coklat hitam masok kan 2 sudu koko. Kendian masokkan pula biskut marie yg dipatah 3.Then gaul2 matikan api masukkan ke dalam bekas ikot kesesuaian dan taburkan sedikit kacang tanah diatas permukaan lalu masokkan ke dalam peti ais untuk dikeraskan atau disejukan. Kemudian makanlah dgn seleranya..  Inilah hasil dodol milo saya. Selamat mencuba guys ! 

Ketika Akad Terucap

Assalamualaikum warahmatullah, Sesungguhnya aku insan biasa bukan dari kalangan2 berada. Masyallah, sebulan shja lagi aku akan dinikahi oleh bakal suami aku. Majlis yang kami rancangkan hanyalah dgn kemampuan kami sahaja. Tidaklah setanding persandingan ''Ummi Nazeera" yang gah seperti kayang-kayangan. Sejujurnya aku masih belum bersedia dengan keputusan aku ini. Dengan waktu yang begitu singkat ini banyak betul fikiran2 aku keluar. Benarkah keputusan aku buat ni? Adakah aku masih muda? Tak masih budak2 lagi ke? Dah bersediakah? Puas ke hidup single? Tak menyesal ke?. Ya Allah... Niatku berkahwin hanya keranamu ya Allah. Walaupun aku masih belum bersedia, insyallah Allah akan membantuku suatu hari nanti. Aku percaya Allah itu ada dan Dia sentiasa berada dalam kalangan muslimin dan muslimat. Amin.. #luahanmieza #malamrabu #171017