Sepinya rasa dikala sendiri tanpa ada yang melindungi disini. Rindunya pada keluarga tercinta. Mana semangat aku yang dulu kala? Kepulanganku ke ibu kota sering membuatkan aku menangis dalam hati. Tidak sanggup aku meninggalkan ibubapaku di kampung halaman. Sayunya hati ini, teresak menangis dalam hati dalam perjalanan menuju mencari rezeki diluar kota. Sepinya rasa bila teman mula pergi tanpa kabar berita. Tiada lagi bualan di mulut, gelak ketawa, gurau bersama hanya sekadar tulisan di laman 'whatsapp', bukan realiti lagi hanya beberapa minit dan selepas itu sunyi selama sebulan kadang berbulan-bulan Sibuk agaknya. Umur semakin meningkat, kadang sampai tak boleh terima (dosanya aku) perangai masih tak berubah, masih lagi kekanakkan nak itu ini dengan petikan jari, terlalu manja. (factor anak bungsu dari 8 beradik). Sepinya rasa bila seorang kakak yang aku rapat, selalu bergelak ketawa bersama dah pun berkahwin tiada lagi hendak keluar ke
Saya selaku blog ini berbicara tentang liku-liku kehidupan yang ada disekeliling saya.